"Siapa yang paling kamu cintai didunia ini?" tanya dara.
"Sudah pasti kamu!" balas jejaka.
"Pada pandangan kamu, aku ini siapa?" tanya dara lagi.
Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap dara dengan tenang dan berkata, "kamu adalah
tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan
mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa, Semua lelaki mencari tulang rusuknya
yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati."
Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat.
setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan
kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi menbosankan. Kenyataan hidup
yang kejam menbuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Meraka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai semakin panas. Pada suatu hari,
pada akhir sebuah pentengkaran, Dara menbentak, "kamu tak cintakan aku lagi!"
Jejaka sangat menbenci ketidakdewasaan dara dan secara spontan menbalas, "Aku juga
menyesal menikah dengan kamu! kamu ternyata bukan tulang rusukku!"
Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap jejaka, seakan
tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang
sudah di ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk
ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.
"Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan
sejati masing-masing."
Lima tahun kemudian...
Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan dara. Khabarnya
Dara pernah bernikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka
yang tahu semua tentang dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk
kembali. Dara tak pernah menunggunya.
Suatu malam yang sunyi, saat jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang
sakit di dadanya, Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan dara. Ditakdirkan
mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.
"kamu apa khabar?" tanya jejaka
"Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yan hilang?" tanya dara
spontan.
"Belum." jawab jejaka sepatah.
"Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi." beritahu dara.
"Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak
berubah. Dan, tidak akan ada yang berubah," kata jejaka.
Dara tersenyum kemudian berlalu.
Semiggu kemudian, jejaka mendengar khabar bahawa dara mengalami kemalangan, dan
meninggal.
Malam itu, sekali lagi, jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya.
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah
dengan bodohnya dia patahkan.
No comments:
Post a Comment