nak kawinn

Friday, 15 April 2011

19 HaDiTs NaBi MeNgEnAi WaNiTa

1. Doa perempuan lebih termakbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
    ketika ditanya kapada Rasullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa 
    dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
    untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
    1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatnya baginya pahala 
    yang berjihad pada jalan Allah.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya 
    melahirkan.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya 
    diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya 
    pahala seperti memerdekanya 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
    menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas 
    tubuhnya. 


8. Barangsiapa membawa hadiah, ( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada 
    keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
    anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan 
    anak nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke
    dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya
      serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


Ada sambungan dye lagi...
tgguuuuuuuuu.....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...