Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/jam di jalanraya.
GADIS : Perlahankanlah skt moto nie... saya tkt la...
JEJAKA : X nak... bawa laju2 cam nie ler seronok...
GADIS : X... x seronok pun... tlglah... saya tkt sgt nie..
JEJAKA : Kalau awk nk saya perlahankan moto nie... awk kena kata awk cintakan saya dulu...
GADIS : Ok. Saya cintakan awk!
JEJAKA : Ok... skrg peluk saya kuat2.
( Si Gadis memeluk Jejaka tadi dengan erat )
JEJAKA : Awk... blh awk tlg tggalkn topi keledar saya x?? kemudian pakaikn kat awk... saya rasa x selesa la..
-------------------------------------------------------------
Dalan sebuah khabar keesokan harinya :
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.
Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka
terselamat.
-------------------------------------------------------------
Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si jejaka telah mendapati yang brek
motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasih tahu. Sebaliknya, dia meminta
kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " saya cintakan awak " dan merasakan dakapan
terakhir kekasihnya, dia juga menberikan topi keledarnya kepada Si gadis mengharapkan
kekasihnya itu selamat... Walaupunitu bererti dia akan terkorban.
Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang
anda cintakannya.
Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.
No comments:
Post a Comment