nak kawinn

Wednesday, 20 April 2011

19 HaDiTs NaBi MeNgEnAi WaNiTa ( Smbgn )

11. Wanita yang soleha ( baik ) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
      terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapakah terhak terhadap lelaki?" Jawab
      Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
      dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit
      matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
      menjaga sembahyang dan puasa.

15. Wanita yang taat akan suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
      syurga masuklah dari mana-mana pintu dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Nabi Muhammad SAW )
      di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan
      atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
      pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
      bertanggungjawab, maka beginya syurga

19. Daripada Aisyah RA barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan
      lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
      daripada api neraka.


"Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari akhirat."
( Iman Ahamd bin Hambal )

Friday, 15 April 2011

19 HaDiTs NaBi MeNgEnAi WaNiTa

1. Doa perempuan lebih termakbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
    ketika ditanya kapada Rasullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa 
    dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
    untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
    1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatnya baginya pahala 
    yang berjihad pada jalan Allah.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya 
    melahirkan.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya 
    diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya 
    pahala seperti memerdekanya 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
    menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas 
    tubuhnya. 


8. Barangsiapa membawa hadiah, ( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada 
    keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
    anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan 
    anak nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke
    dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya
      serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


Ada sambungan dye lagi...
tgguuuuuuuuu.....



KaTa PePaTaH cInA

Dengan wang anda dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan.
Dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu.
Dengan wang anda dapat membeli katil tetapi tidak dapat membeli tidur yang lena.
Dengan wang anda dapat membeli buku tetapi tidak dapat membeli pengetahuan.
Dengan wang anda dapat membeli doktor tetapi tidak dapat membeli kesihatan.
Dengan wang anda dapat membeli darah tetapi tidak dapat membeli hidup.
Dengan wang anda dapat membeli seks tetapi tidak dapat membeli cinta.


Thursday, 7 April 2011

Personal Preference

aku adalah peminat Lee Min Ho...
la yang berlakon dalam citer Boys Over Flower 2...
skrg aku sedang menonton citer terbaru beliau iaitu
Personal Preference...
mmg best gilerz la citer dye...

ni aku tulis skt sinopsisnya...

Jeon Jin-ho (Lee Min Ho) adalah seorang lelaki normal, tapi menyamar sebagai seorang gay semata-mata untuk menjadi teman serumah Park Gae-in (Son Ye Jin), pemilik sebuah rumah misteri yang tidak pernah dibuka untuk orang luar. Hobi Jin-ho termasuklah mengemas dan menstrika. Dia seorang yang cerewet dalam hal kebersihan, namun di samping itu, dia juga peka terhadap perasaan perempuan. Gae-in adalah seorang yang sangat senang mempercayai orang, lantas orang selalu mengabil kesempatan ke atasnya, berulang kali. Pun begitu, itu tidak memberhentikannya daripada memberikan kesempatan kepada orang, Jin-ho salah sorang daripadanya. Bagaimanakah reaksi Gae-in apabila dia mengetahui yang teman serumah gaynya bukanlah seorang gay tetapi seorang yang telah jatuh cinta padanya?


ni pulak pic Personal Preference












DoA uNtUk KeKaSiH

Ya Allah...

Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukan hatinya
dengan hatiku...Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi...
Dan Ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihani... Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah... Seandainya telah engkau takdir... dia bukan milikku... Bawalah ia jauh dari
pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku.... Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...

Berikanlah aku kekuatan... Melantor bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja
nan merah... Agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah yang tercinta... Gantilah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah... Walaupun tidak sama dengan diri...

Ya Allah Ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu... Sesungguhnya apa yang telah
engkau takdirkan... Adalah terbaik buat ku... Kerana engkau maha mengatahui... Segala
yang terbaik buat hamba Mu ini....

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di
dunia ini dan di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup.... Ke jalan yang engkau redhai... Dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh...

Amin... Ya Rabbal A'lamin...

Monday, 4 April 2011

Saya cintakan awak!!

Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/jam di jalanraya.

GADIS   : Perlahankanlah skt moto nie... saya tkt la...
JEJAKA : X nak... bawa laju2 cam nie ler seronok...
GADIS   : X... x seronok pun... tlglah... saya tkt sgt nie..
JEJAKA : Kalau awk nk saya perlahankan moto nie... awk kena kata awk cintakan saya dulu...
GADIS   : Ok. Saya cintakan awk!
JEJAKA : Ok... skrg peluk saya kuat2.
( Si Gadis memeluk Jejaka tadi dengan erat )
JEJAKA : Awk...  blh awk tlg tggalkn topi keledar saya x?? kemudian pakaikn kat awk... saya rasa x selesa     la..

-------------------------------------------------------------

Dalan sebuah khabar keesokan harinya :

Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.

Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka
terselamat.


-------------------------------------------------------------

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si jejaka telah mendapati yang brek
motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasih tahu. Sebaliknya, dia meminta
kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " saya cintakan awak " dan merasakan dakapan
terakhir kekasihnya, dia juga menberikan topi keledarnya kepada Si gadis mengharapkan
kekasihnya itu selamat... Walaupunitu bererti dia akan  terkorban.

Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang
anda cintakannya.

Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.

TuLaNg RuSuK yAnG pAtAh

"Siapa yang paling kamu cintai didunia ini?" tanya dara.
"Sudah pasti kamu!" balas jejaka.
"Pada pandangan kamu, aku ini siapa?" tanya dara lagi.

Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap dara dengan tenang dan berkata, "kamu adalah
tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan
mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa, Semua lelaki mencari tulang rusuknya
yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati."

Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat.
setelah itu, pasangan muda ini mulai  tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan 
kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi menbosankan. Kenyataan hidup
yang kejam menbuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Meraka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai semakin panas. Pada suatu hari,
pada akhir sebuah pentengkaran, Dara menbentak, "kamu tak cintakan aku lagi!"

Jejaka sangat menbenci ketidakdewasaan dara dan secara spontan menbalas, "Aku juga
menyesal menikah dengan kamu! kamu ternyata bukan tulang rusukku!"

Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap jejaka, seakan
tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang
sudah di ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk
ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk 
berpisah.

"Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan 
sejati masing-masing."

Lima tahun kemudian...

Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan dara. Khabarnya
Dara pernah bernikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka 
yang tahu semua tentang dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk 
kembali. Dara tak pernah menunggunya.

Suatu malam yang sunyi, saat jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang
sakit di dadanya, Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan dara. Ditakdirkan
mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.

"kamu apa khabar?" tanya jejaka 

"Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yan hilang?" tanya dara
spontan.

"Belum." jawab jejaka sepatah.

"Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi." beritahu dara.

"Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak 
berubah. Dan, tidak akan ada yang berubah," kata jejaka.

Dara tersenyum kemudian berlalu.

Semiggu kemudian, jejaka mendengar khabar bahawa dara mengalami kemalangan, dan
meninggal.

Malam itu, sekali lagi, jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya.
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah 
dengan bodohnya dia patahkan.

KaWaN dAn CiNtA

Di suatu hari yang indah,
CINTA dan KAWAN bersiar-siar disebuah kampung.
Tiba-tiba cinta jatuh dalam telaga.

Kenapa? kerana... CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.

Kenapa? kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!

Didalam telaga CINTA hilang.

Kenapa? kerana... CINTA halus, 
mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. 
Sedangkan KAWAN masih lagi dicari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? kerana... KAWAN sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia.
jadi,
Hargailah KAWAN kita selagi terasa dia BERERTI...

Friday, 1 April 2011

MiMpI sEoRaNg PeNjAgA MaKaM RaSuLLaH SAW..


Aku x thu la citer ni btl or x...
tpi jadi kn citer ni sbg satu teladan kpd semua umat islam...
ok..

bace sampai abez....pastu fowardkn plz.....
ni adalah benar... sila baca
sehingga habis... dan tlg
sebarkan kepada seberapa byk
org Islam yg boleh...
.......Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari
penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu
Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika
membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur
hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu
bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang
yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang
pun yang
matinya dalam keadaan
beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,
hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang
Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba
di mana
bintang akan terbit dari langit,
sesudah itu
matahari akan turun di atas
kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.


Renung2 kn la ye...
wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...