nak kawinn

Saturday, 23 July 2011

Peringatan: Tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi kepada anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda. Terima kasih kepada peminat Tentang Cinta yang prihatin dan mengingatkan kami mengenai perkara ini. :)





Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.




1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...


2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.



3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.


4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.


5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.


6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.


7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.


8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.


9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.


10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.


Tuesday, 17 May 2011

Kisah Nabi Yussof Berkawin Dengan Siti Zulaikha


Zulaikha, isteri kepada menteri Al Aziz menaruh perasaan cinta terhadap Nabi yang handsome itu.. walaupun beliau sedar, usianya jauh berbeza, namun beliau merasakan dirinya masih seOrang yang rupawan.

Perasaan cinta Zulaikha membuak-buak sampai ke kemuncaknyaapabila sanggup memadukan menduakan suaminya sendiri dengan menawarkan dirinya kepada Nabi Yusuf a.s. But hOwever, usahanya tidak berjaya kerana cinta agung Baginda kepada Allah SWT sangat kukuh. Akhirnya Baginda dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam cinta dan rindu kepada baginda...

Akibat terlalu mencintai dan merindui Nabi Yusuf a.s, Zulaikha mula hilang pertimbangan. beliau menjadi separuh gila sehingga memaksa sang raja menceraikannya. Meanwhile, mulutnya tidak berhenti dari menyebut nama Nabi Yusuf a.s pujaan hatinya.. See, betapa hebat penderitaan yang ditanggungnya. 

Hari berganti hari, Zulaikha yang rupawan bertukar menjadi seOrang perempuan yang tua hudOh. Akibat panahan rindu yang sangat mendalam terhadap baginda, matanya pula buta kerana banyak menangis, serupa laa dengan musibah yang menimpa kasim selamat.

Then..setelah hampir 12 tahun nabi Yusuf a.s dipenjarakan, baginda akhirnya diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang bOleh menafsir mimpi..

Atas kehendak Allah SWT yang kasih kepada makhluknya, lantas Zulaikha dipulihkan. wajahnya kembali muda dan semakin cantik rupawan persis ratu yang jelita. Akhirnya, Allah SWT mewahyukan Baginda agar mengahwini Zulaikha. 

Namun, Zulaikha yang dikahwini Nabi Yusuf bukanlah Zulaikha yang dulu. Zulaikha yang dahulunya merindui Baginda telah berubah menjadi wanita sOlehah yang sentiasa beribadah dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Hari harinya hanya untuk bermunajat kepada Allah SWT, menyesali atas kekhilafannya dahulu. masanya hanya untuk Yang Esa sehingga terlupa akan tanggungjawabnya sebagai seOrang isteri. Begitulah asyiknya Zulaikha mendekatkan dirinya dengan Allah SWT serta menginsafi dOsa-dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini. 

betapa cinta yang dulunya terbit dari nafsu dapat dipadamkan apabila beliau mula mengenal cinta hakikinya hanya untuk Allah yang Maha Berkuasa. Zulaikha menyedari..kemuncak cintanya yang kekal akan muncul di akhirat kelak, pertemuan indah dua jiwa yang beriman penuh asyik dan rindu akan ditemuinya di Syurga abadi..

Di ruang ini juga, ingin saya sisipkan potOngan dOa dari Rasullah SAW yang saya kira ianya elOk untuk dikOngsikan bersama.

"ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang  membawa daku menghampiri-Mu..

Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan.. ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..

ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.."

Wednesday, 20 April 2011

19 HaDiTs NaBi MeNgEnAi WaNiTa ( Smbgn )

11. Wanita yang soleha ( baik ) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
      terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapakah terhak terhadap lelaki?" Jawab
      Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
      dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit
      matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
      menjaga sembahyang dan puasa.

15. Wanita yang taat akan suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
      syurga masuklah dari mana-mana pintu dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Nabi Muhammad SAW )
      di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan
      atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
      pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
      bertanggungjawab, maka beginya syurga

19. Daripada Aisyah RA barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan
      lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
      daripada api neraka.


"Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari akhirat."
( Iman Ahamd bin Hambal )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...